Kamis, 13 Februari 2014

Microsoft Bayar RM321K Kepada Pakar Penggodam


Syarikat perisian terkenal, Microsoft Corporation dilaporkan membayar lebih RM321,098 (USD100,000) kepada pakar aktiviti menggodam yang dapat mengesan dan menjaga ciri-ciri keselamatan perisian miliknya.

Microsoft juga telah menambah baik beberapa elemen dalam sistem Internet Explorer supaya penggunanya tidak lagi berhadapan dengan pelbagai masalah seperti yang dilaporkan sebelum ini.

James Forshaw, mengetuai pasukan yang berpangkalan di London itu akan membangunkan sistem pertahanan terbaru yang dijangka dapat melumpuhkan serangan virus yang dihantar penggodam.

Microsoft mula memperkenalkan program ganjaran tersebut empat bulan lalu dalam pencarian untuk pakar penggodam yang dapat melakukan tugasan tersebut untuk syarikatnya.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar